ARTIKEL

Kerajaan terus perkasa dasar tangani isu kesihatan mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Kerajaan akan terus memperkasa dasar dan pendekatan sedia ada bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin mencabar, seiring perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, isu kesihatan mental kekal menjadi keutamaan kerajaan berikutan peningkatan kes yang membimbangkan dalam kalangan rakyat pelbagai peringkat usia.

Menurut beliau, gaya hidup moden dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental, selain pengaruh pelbagai elemen lain termasuk penyalahgunaan bahan terlarang.

“Isu ini bersifat kompleks dan melibatkan pelbagai faktor.

Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) telah dan sedang melaksanakan pelbagai polisi, dasar serta prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan bagi memastikan isu kesihatan mental dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Permai, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr R. Thirunavukarasu menyarankan agar Malaysia memperkukuh strategi kesihatan mental yang memberi tumpuan kepada aspek gaya hidup, susulan peningkatan kes kemurungan dan tekanan di tempat kerja.

Beliau turut mendedahkan kadar kemurungan di negara ini meningkat hampir dua kali ganda sejak 2019, manakala hampir separuh golongan muda pernah terlintas untuk mencederakan diri sendiri.

Mengulas perkara itu, Dzulkefly menyatakan persetujuan terhadap pandangan MMA yang disifatkan sebagai wajar dan relevan dalam usaha menangani cabaran kesihatan mental secara menyeluruh dan berkesan.-TVS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU