ARTIKEL

Kerajaan teruskan penawaran tender terbuka pra-kelayakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan penawaran tender terbuka pra-kelayakan terpilih supaya projek-projek penting untuk rakyat dapat disegerakan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Bagaimanapun, beliau berkata penapisan terhadap syarikat yang terlibat harus diteliti terlebih dahulu supaya ia boleh dilaksanakan tanpa masalah. 

“Kita perlu belajar daripada projek Pan Borneo Sarawak yang kelihatan sedikit sahaja masalah dan dapat dilaksanakan dengan awal dan cekap,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang-PN) mengenai kaedah baharu yang akan digunapakai dalam projek-projek akan datang. 

Terdahulu, Ahmad berkata keseluruhan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) terdiri daripada 35 pakej dengan 15 pakej sedang dalam pembinaan. 

Menurutnya, kaedah pelaksanaan bagi baki projek LPB Sabah adalah secara tender terbuka dalam kalangan kontraktor tempatan atau kontraktor Bumiputera atau kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dibiayai melalui  peruntukan pembangunan atau Dana Infra. 

“Bagi menjamin mutu kualiti projek LPB Sabah, kerajaan akan memastikan kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang berkemampuan dan berkeupayaan melalui garis pemilihan kontraktor yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya. 

“Melalui garis panduan tersebut, penilaian tender akan dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang merangkumi perkara seperti penilaian kewangan, penilaian teknikal, pengalaman syarikat, prestasi kerja semasa dan penarafan bintang sijil Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” tambahnya.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim