ARTIKEL

Kerajaan tidak bertolak ansur jika sentuh isu 3R – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Kerajaan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan tegas antaranya siasatan, tangkapan, dakwaan dan hukuman juga dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mencabar prinsip perlembagaan termasuk menyentuh hak orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

“Ini penting supaya kita faham… isu-isu kalau betul ada masalah seperti masalah stoking (tertera kalimah Allah), serius bagi umat Islam, (jadi) tangkap, dakwa, kita jalan terus. Jangan kita guna isu ini atau isu lain untuk menghasut, itu yang penting sama ada orang Islam atau bukan Islam.

“Saya perlu tekankan kita tidak akan tolak ansur, tidak peduli siapa, kedudukan dia atau parti mana jangan diugut sekiranya diambil tindakan apa lagi sekiranya menyentuh 3R, ini kalau menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu terutama isu dibangkit oleh Majlis Raja-Raja… jangan tolak ansur, institusi negara, tonggaknya mesti dipertahan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar hari ini ketika mengulas isu membabitkan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata Muhamad Akmal tidak ditangkap oleh polis sebaliknya dipanggil untuk disiasat.

Terdahulu, Muhamad Akmal memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu antaranya berkaitan laporan berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini.
Bernama

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)