ARTIKEL

Kerajaan tidak tarik subsidi diesel, sebaliknya disasarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa Kerajaan tidak menarik subsidi diesel, sebaliknya subsidi yang dahulu dinikmati secara pukal telah disasarkan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, Datuk Roziah Abudin, berkata kira-kira 1.4 juta kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia dan 23 jenis kenderaan barangan pengangkutan darat barangan serta 10 jenis kenderaan pengangkutan awam darat, layak menerima diesel subsidi.

“Ada pemilik kenderaan daripada golongan perseorangan, walaupun tidak disasarkan subsidi diesel itu melalui kaedah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), iaitu pemberian ‘fleetcard’, tapi ada kaedah lain, iaitu BUDI MADANI.

“Selepas tolak T20, lingkungan 300,000 kenderaan, yang merupakan milik peniaga kecil, akan menerima RM200 dan BUDI MADANI Agri-Komoditi.

“Kesemuanya, kerajaan seboleh mungkin bawa kesemua yang layak untuk disasarkan oleh SKDS 2.0 dan bantuan tunai yang menikmati diesel RM2.15,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan BERNAMA TV semalam.

Roziah berkata RM1.4 bilion dibelanjakan untuk subsidi pada 2019, RM20 bilion pada 2022 dan RM14.3 bilion pada 2023.

“Kenderaan diesel ini bilangan peningkatan hanya kurang daripada tiga peratus, persoalannya siapa yang menggunakan diesel?

“Itu yang kita katakan ada kelompok yang dipanggil ‘channel switching’ selama ini menikmati atau membeli pada harga komersial disebabkan perbezaan harga itu, daripada harga pasaran RM3.50 hingga RM3.60 masa itu, siapa yang tidak tertarik untuk beli pada harga RM2.15?

“Data menunjukkan berlaku ketirisan. Setiap suku tahun, kita dapati stesen minyak memohon kuota tambahan.

“Analisis data menunjukkan sebenarnya keperluan tidak sepatutnya setinggi itu,” katanya.

Beliau berkata hingga kelmarin, lebih 180,000 daripada 223,000 kenderaan barangan didapati masih belum mendaftar di bawah SKDS 2.0.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pemilik kenderaan terbabit segera membuat permohonan bagi membolehkan mereka menikmati subsidi diesel oleh kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata KPDN merampas hampir 12 juta liter diesel melalui Op Tiris 1.0, yang dilaksanakan sejak 1 Mac 2023.

“Jumlah agak besar melibatkan pelbagai pihak yang didalangi oleh orang tempatan dan warga asing.

“Kita mengharapkan keberkesanannya agar boleh dinikmati pembayar cukai selain dapat menambah baik ruang fiskal negara ke arah lebih baik.

“Selain itu, sebanyak 210 notis dikeluarkan kepada peniaga dalam sektor membekalkan perkhidmatan dan harga barangan.

“Ada pihak yang menggunakan konotasi 56 peratus kenaikan diesel untuk mereka menaikkan 56 peratus harga barang dan perkhidmatan, yang ini kami nak pesan awas, kerana kami akan sampai,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU