ARTIKEL

Kerajaan tolak jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Sukom Ninety Eight Berhad Jen (B) Tun Mohamed Hashim Mohd Ali, menyokong penuh keputusan Malaysia menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Mohamed Hashim berkata, beliau lega kerana kebimbangannya dengan situasi Malaysia yang tidak berada di kedudukan terbaik dari segi masa dan langkah penjimatan yang sedang dilakukan, menganjur temasya sukan empat tahun sekali itu, menjadi antara motif kerajaan menolak tawaran tersebut.

“Sebelum ini apabila saya kata anda tidak boleh melakukannya dalam tempoh dua tahun, tidak bermakna saya kata jangan lakukan dan hari ini kabinet membuat keputusan tidak menerima tawaran itu.

“Jadi saya menyokong penuh keputusan kerajaan ini, yang tidak menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026,” kata bekas panglima angkatan tentera itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
Turut senada ialah penganalisis sukan tempatan Datuk Dr Pekan Ramli, yang menyifatkan keputusan itu selari dengan kehendak rakyat pada waktu ini.

Beliau secara peribadi turut menghormati keputusan berkenaan kerana ia mendahulukan ‘kepentingan umum’ berbanding ‘kepentingan sukan’ di negara ini.

Baca lain  FAS pilih jurulatih dari Sepanyol?

Dalam pada itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selaku Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia menghormati keputusan kerajaan, yang menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Presiden CGA Malaysia dan MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya memahami keputusan kerajaan itu, bagi memberi keutamaan kepada keperluan rakyat selepas mengambil kira semua aspek penganjuran termasuk implikasi kewangan.

KBS menerusi kenyataan hari ini mengumumkan Malaysia menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini meneliti semua aspek penganjuran dan implikasinya.

KBS turut memaklumkan Kerajaan MADANI mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat buat masa ini.

Sebelum ini, MOM mengesahkan CGF menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 bersama pelaburan kewangan menjangkau £100 juta (RM603 juta), bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lepas.

– Bernama

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU