ARTIKEL

Kerajaan usaha cari dana tingkatkan gaji pekerja swasta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kerajaan sedang berusaha mencari dana menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, tidak banyak negara yang melakukan perkara itu, tetapi Kerajaan Perpaduan tetap memikirkan tentang kaedah dan pelaksanaannya.

“Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat dalam sektor swasta.

“Pekerja kilang, apa nasib mereka? Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum.

“Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baharu untuk memastikan gaji pekerja itu ditingkatkan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU