ARTIKEL

Tahanan warga Myanmar dibawa pulang ke negara asal menggunakan kapal UMS Moattama milik Tentera Laut Myanmar di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Kerajaan utamakan keselamatan rakyat dalam isu pelarian Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan mengutamakan keselamatan serta kepentingan rakyat Malaysia dalam usaha menangani isu pelarian Myanmar.

Beliau menyatakan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut secara tuntas melalui kerjasama dengan Myanmar bagi membolehkan penghantaran pulang pelarian dilakukan secara sukarela dan berperingkat.

Kerajaan juga mengambil langkah lebih tersusun dalam menangani masalah itu menerusi penguatkuasaan yang lebih ketat, penyelarasan antara agensi, serta kerjasama erat dengan negara asal pelarian seperti dilapor Bernama.

Menurut Anwar, isu pelarian Myanmar merupakan legasi puluhan tahun yang memberikan tekanan kepada negara dari aspek keselamatan, sosial, dan pengurusan, namun beliau berjanji untuk menanganinya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan.

Hasil rundingan antara kedua-dua negara, sebanyak 5,000 pelarian akan dihantar pulang secara sukarela dengan 1,476 orang daripadanya memulakan fasa pertama penghantaran pada semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November