ARTIKEL

Fadillah berucap pada Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Tebingan Kuching. - Foto: Ramidi Subari

Kerajan Persekutuan lulus 46 projek berkaitan air di Sarawak berjumlah RM6.01 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan 46 projek yang terdiri daripada 33 projek sambungan dan 13 projek baharu berkaitan air di Sarawak dengan kos sebanyak RM6.01 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi pelaksanaan tahun ini adalah sebanyak RM298 juta.

Katanya, projek-projek yang diluluskan ini merangkumi pelindungan banjir dan banjir pantai, hakisan pantai, pemuliharaan muara, kajian pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, pembangunan loji rawatan kumbahan, loji rawatan enap cemar, pembangunan sistem pembetungan dan menaik taraf loji rawatan air.

“Kerajaan Persekutuan yakin dengan siapnya keseluruhan projek pelbagai skop ini akan dapat mengatasi isu bencana air, mengurangkan risiko hakisan pantai, meningkatkan penyampaian bekalan air dan pembetungan serta memberi impak yang positif kepada penduduk Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dengan memastikan kelestarian dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan untuk menjamin impak yang maksimum kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Tebingan Kuching di sini hari ini yang bertemakan ‘Air Untuk Keamanan’.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, beliau berkata, konsep ‘diplomasi air’ akan diperluaskan kepada pelbagai pihak dalam memupuk penyelesaian yang inovatif melalui dialog, perkongsian data dan membuat keputusan bersama.

Katanya, ketidaksamarataan dalam agihan sumber air, akses yang terhad kepada bekalan air dan perkhidmatan sanitasi, serta kepincangan pengagihan faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar boleh menjadi penghalang kepada keamanan dan kestabilan negara.

“Air merupakan komponen penting yang boleh bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.

“Kita perlu bersatu dalam melindungi dan memulihara sumber kita yang paling berharga,” ujarnya.

Justeru menerusi konsep tersebut, jelasnya, ia dapat mengurangkan risiko konflik dan seterusnya mencapai hasrat ‘Air Untuk Keamanan’.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU