ARTIKEL

Kerani rugi RM300,000 ditipu penipuan telefon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang kerani di Miri terpaksa berputih mata kerana wang miliknya berjumlah RM300,000 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan telefon atau phone scam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa, wanita berumur pertengahan 50 telah menerima satu panggilan dari individu yang mendakwa pihak polis dari Ipoh Perak pada 1 Julai lalu.

Katanya, suspek memperkenalkan diri sebagai tuan Goh dan mengatakan mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram dan perlu membuka akaun bank baharu bagi tujuan semakan.

“Mangsa yang panik dan takut telah menuruti arahan suspek, lalu membuka akaun bank deposit tetap pada 4 Julai, sekitar jam 4.31 petang dan memasukkan wang simpanan dan Perkeso ke dalam akaun baharu tersebut.

“Suspek kemudian meminta mangsa untuk memberikan nombor depan dan belakang kad bank nombor akaun Bank Rakyat mangsa.

“Mangsa telah membuat tujuh kali transaksi pindahan wang simpanan miliknya sebanyak RM300,000 secara berperingkat ke dalam akaun bank baharu tersebut pada awal bulan Julai sehingga pertengahan bulan Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu setelah menyemak status wang simpanannya dengan pihak bank pada semalam.

Katanya, mangsa mendapati terdapat 20 kali transaksi pindahan wang dari akaun Bank Rakyat mangsa kepada empat akaun bank pihak ketiga.

Beliaua berkata, mangsa kemudiaan tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

LAIN-LAIN BERITA

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,

BERITA TERBARU

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah