ARTIKEL

Kerani swasta rugi RM60,000 terpedaya tawaran kerja dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang kerani swasta di sini mengalami kerugian sekitar RM60,000 setelah terpedaya dengan sindiket tawaran kerja dalam talian yang menjerat mangsa dengan menawarkan komisen yang lumayan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita warga tempatan berusia sekitar 40-an itu mendakwa dirinya terpedaya selepas menerima urusan kerja sambilan secara atas talian daripada suspek.

“Mangsa ditawarkan untuk melakukan tugasan seperti membeli dan menjual barangan yang tidak wujud sebagai peniaga dalam aplikasi ‘Asia Shopping’ bagi mendapatkan komisen.

“Setelah itu, mangsa telah membuat pengeluaran hasil komisen sebanyak RM5,000, namun baki wang komisen tidak dapat dikeluarkan atas alasan tidak mengikuti arahan khidmat pelanggan mereka.

“Oleh kerana ingin mendapatkan kembali baki wang komisen yang tidak dapat dikeluarkan, mangsa telah membuat 11 transaksi ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan oleh suspek sehingga mencecah RM60,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun, katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila komisen yang dijanjikan masih belum diperoleh.

Alexson berkata, mangsa tampil membuat laporan polis pada 12 Januari lalu setelah menyedari dirinya ditipu.

Susulan itu katanya, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung laporan yang telah diterima.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial