Trending

Kereta api laju Jakarta-Bandung pacu ekonomi Indonesia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BEIJING: Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung diyakini mempermudah pergerakan penduduk Indonesia sambil membantu mencungkil potensi pertumbuhan ekonomi tempatan, kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning.

Rabu lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo menaiki kereta api itu yang dalam ujian perjalanan diiringi beberapa anggota kabinet.

Jokowi berkata, China kaya dengan pengalaman membina HSR yang dilengkapi teknologi canggih.

Beliau berharap, operasi HSR itu dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran di Jakarta, serta menggalak lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.

Untuk itu, Mao menyatakan HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikonik usaha sama China-Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut beliau, ia merupakan HSR buatan China yang pertama dieksport ke luar negara, dengan 100 peratus menggunakan teknologi dan piawaian China.

“Kereta api laju itu hasil sinergi China dan negara serantau ke arah modenisasi. Ia turut menaik taraf pembangunan kesalinghubungan di rantau ini,” kata Mao.

– Bernama-CMG

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru