ARTIKEL

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong

Kereta EV MITI cadang sekali beri subsidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengemukakan cadangan sekali bayar subsidi untuk pemilikan kenderaan elektrik (EV) bagi menggalakkan perkembangan industri itu di negara ini.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata cadangan tersebut dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).

“Diperhatikan pemberian sekali bayar subsidi ini dapat menggalakkan rakyat beralih daripada menggunakan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangkan subsidi petrol untuk jangka masa panjang.

“Cadangan ini sedang diperhalusi oleh MoF,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Liew menjawab soalan tambahan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PNKuala Kangsar) yang ingin tahu sama ada galakan disediakan untuk menarik minat golongan M40 yang berkemampuan memiliki EV pada masa akan datang.

Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang diumumkan kerajaan pada 2020 menggariskan sasaran 10,000 pengecas EV menjelang 2025 iaitu 9,000 unit adalah pengecas AC (arus ulang-alik) dan 1,000 unit pengecas DC (arus terus).

Baca lain  Inflasi Malaysia mereda kepada 2.0 peratus pada Julai 2023 - Jabatan Perangkaan

Pada 2023, jumlah jualan tahunan BEV baharu dalam negara meningkat lebih 400 peratus iaitu sebanyak 13,257 unit berbanding jumlah jualan tahunan sebanyak 3,127 unit pada 2022.

Setakat 31 Disember 2023, sejumlah 2,020 unit pengecas dipasang di 750 lokasi di seluruh negara, iaitu 1,591 unit adalah jenis AC dan baki 429 unit, jenis DC.

Beliau berkata cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 unit pengecas EV juga telah dibangkitkan dalam Mesyuarat NEVSC Bil. 1/2024 selain MITI serta agensi berkaitan, Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sedang mengkaji dan memperhalusi kewajaran meningkatkan sasaran pengecas DC. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU