ARTIKEL

REMUK…Keadaan kenderaan yang remuk akibat terlibat dalam kemalangan.

Kereta melanggar pembahagi jalan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki meninggal dunia dalam kemalangan kendiri apabila kereta dinaikinya melanggar pembahagi jalan di Batu 29 Jalan Kuching-Serian di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.44 tengah malam.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerah ke lokasi sejurus panggilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jurucakap tersebut memaklumkan, sejurus pasukan tiba di lokasi, seorang mangsa dalam keadaan sedar telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dihantar ke hospital.

Manakala seorang lagi mangsa lelaki yang tersepit di tempat pemandu telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Anggota Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, anggota bersama jentera bertolak balik ke balai,” ujarnya.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri