ARTIKEL

Kereta musnah terbakar, tiada mangsa terlibat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sebuah kereta musnah sepenuhnya setelah terlibat dalam satu insiden kebakaran di Jalan Medical, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 6.45 pagi.

Katanya, sejurus selepas menerima panggilan kecemasan tersebut, sepasukan anggota berserta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian dengan segera.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Komander operasi melakukan size up di lokasi kejadian, dan mengesahkan bahawa kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, anggota operasi dengan kadar segera telah menjalankan operasi pemadaman api dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan pam jentera sehingga api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

Setelah operasi memadamkan api selesai, komander operasi bertindak membuat penilaian dan pemerhatian di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Katanya, operasi memadamkan api tamat pada jam 7.55 pagi, kemudian pihak bomba terus bertolak balik semula ke balai.

Pihak bomba berusaha memadamkan api

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta