ARTIKEL

Keadaan kenderaan Alza yang terbakar sepenuhnya.

Kereta rentung sepenuhnya selepas terbakar ketika dipandu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta jenis Alza yang dipandunya terbakar di Jejambat Serian di Jalan Kuching-Serian di sini, petang semalam.

Komander Operasi, PBK I KUP Christopher Tungor, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.12 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerah ke lokasi,” menurutnya dalam satu kenyataan itu.

Tambah Christopher, kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza putih yang terbakar 100 peratus.

Mangsa, katanya, berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pihak bomba.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca-punca api. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

Sean Lee kahwin senyap-senyap

PELAKON Sean Lee membuat kejutan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang juga model, Bay Doucet. Perkara tersebut dikongsikan Sean menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa

Ingin kasih sayang ibu

KASIH sayang seorang ibu secara tidak langsung membentuk perkembangan mental dan fi zikal individu. Kasih sayang ibu memberikan rasa aman dan keselesaan, membantu serta membangun