ARTIKEL

Kereta Perodua Viva yang dinaiki enam orang terbabas ke kiri jalan, menyebabkan budak lelaki berkenaan terkorban.

Kereta terbabas, kanak-kanak lelaki maut di tempat kejadian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan kendiri di jalan raya di Kilometer 72, Jalan Sri Aman-Kuching di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggi, berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.59 petang apabila sebuah Perodua Viva dipandu lelaki berumur 24 bersama lima penumpang sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Sibu.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan tersebut telah terbabas sendiri ke kiri jalan dan terbalik beberapa kali.

“Akibat kemalangan ini, penumpang berusia 12 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian yang disahkan oleh paramedik Klinik Kesihatan Pantu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mathew berkata, kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU