ARTIKEL

Keadaan kenderaan yang remuk selepas terbabas dan melanggar pokok.

Kereta terbabas, langgar pokok di pembahagi jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan dan terbabas sehingga melanggar sebatang pokok di Jalan Central Timur di sini, petang semalam.

Komander Operasi, PBK II KUP Khairul Ahmad, berkata dalam kejadian kemalangan sekitar jam 3.44 petang itu, lelaki berusia sekitar 30-an terbabit tiada mengalami kecederaan dan telah keluar sendiri dari kenderaan.

“Setiba pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan di lokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih yang telah melanggar pokok di tengah pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, pokok tersebut telah tumbang menghalang laluan jalan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Khairul, pasukan bertindak memotong pokok yang menghalang laluan kenderaan dan mengalih pokok yang telah dipotong tersebut ke tepi jalan.

Setelah selesai operasi dan memastikan keadaan selamat serta terkawal, pasukan kemudian balik ke balai, katanya.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU