ARTIKEL

Kereta terbabas, seorang lelaki maut, dua cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tercampak keluar dari keretanya yang terbabas di Lebuhraya Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem di sini, malam tadi.

Komander Operasi PBK II Rahman Abang Deni berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.31 malam sebelum mengarahkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

“Sejurus tiba, kemalangan didapati melibatkan kenderaan Toyota Avanza yang terbabas di tepi jalan dan terdapat tiga mangsa di dalam kenderaan tersebut,” beliau menyebut dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahman, pemandu kenderaan itu yang berusia 55 tahun meninggal dunia akibat tercampak keluar dari kenderaan.

Sementara itu katanya, seorang penumpang lelaki berumur 66 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

“Lelaki tersepit terbabit mengalami luka pada tangan dan dalam keadaan sedar manakala penumpang perempuan berusia 25 tahun berjaya keluar sendiri dari kereta dan mengalami luka di bahagian kepala.

“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 10.31 malam,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai