ARTIKEL

Kereta terbakar, terbabas masuk gaung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MISTERI…Pasukan bomba memeriksa kenderaan terbabit yang dilaporkan tidak mempunyai pemandu, namun boleh terbabas sehingga ke dalam gaung

SERIAN: Sebuah kereta dilaporkan terbabas di dalam gaung dan terbakar di Kampung Lintang Baru Batu 28 Jalan Kuching-Serian, kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

Sumber yang juga salah seorang saksi kejadian memberitahu, pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri dari lokasi kejadian selepas berjaya keluar dari kenderaan.

TERBAKAR…Bomba menggunakan aliran saluran bantu mula bagi memadam kebakaran

Sementara, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak turut mengesahkan tidak menemui sebarang kelibat individu dipercayai mangsa hasil pemantauan awal di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba telah membuat pemantauan di kawasan kejadian bagi memastikan tiada mangsa yang cedera atau tersepit.

“Maklumat mangsa (pemandu) juga gagal dikesan, manakala jenis kenderaan juga tidak dapat dikenal pasti kerana telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, operasi diteruskan dengan memadam kebakaran menggunakan aliran salur bantu mula sebelum mengesahkan keadaan terkawal.

Operasi disertai pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan tamat sepenuhnya pada jam 4 pagi.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta