HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kereta terjunam dalam Sungai Rajang, polis kenal pasti identiti mayat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MAYAT wanita yang ditemui di Sungai Lebaan, hari ini.
MAYAT wanita yang ditemui di Sungai Lebaan, hari ini.

SIBU: Mayat lelaki yang dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Rajang di pengkalan feri Tanjung Kunyit dikenal pasti sebagai Philip Yiin Chun Leong, 61.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili hari ini memaklumkan pihak polis menemukan mayat lelaki tersebut di Batang Lebaan yang terletak lebih 10 kilometer dari jeti Pengkalan Feri Tanjung Kunyit pada lewat petang semalam.

USAHA menaikkan kenderaan berjaya dilakukan namun tidak menemui sebarang mayat terperangkap di situ.

Beliau berkata, mangsa adalah salah seorang yang dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaikinya bersama dua yang lain terjunam ke dalam Sungai Rajang di pengkalan feri tersebut pada malam Jumaat.

“Mayat mangsa telah disahkan oleh anaknya sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, orang awam menemui mayat lelaki tersebut pada jam 6.10 petang.

Susulan itu, orang awam kemudian menghubungi pihak polis dan bergegas ke lokasi penemuan pada jam 10.30 malam.

Mayat terbabit jelasnya, dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu pada pagi tadi, terdapat satu lagi mayat ditemui di lokasi yang dipercayai sama (Sungai Lebaan) bagaimanapun Zulkipli memberitahu pengesahan sama ada mayat itu milik seorang lagi mangsa wanita masih belum dapat dipastikan lagi.

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru