ARTIKEL

Kerja-kerja menterbalikkan kapal MV Tung Sung diteruskan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

    SEBUYAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi anak kapal MV Tung Sung yang hilang diteruskan seawal jam 8 pagi, hari ini.

    Pengarah Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, seramai 103 kekuatan pasukan penyelamat dalam hari kelapan pengoperasian tersebut.

    “Jumlah keluasan sektor operasi Carilamat sehingga hari ketujuh yang diikordinasikan oleh Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuching merangkumi keluasan 1,221.36 batu nautika persegi.

    “Pencarian hari ke ini pula tertumpu kepada kerja-kerja menterbalikkan kapal MV Tung Sung dalam usaha mencari mangsa yang masih hilang,” katanya, hari ini.

    Setakat jam 12 tengah hari, tiada sebarang petunjuk baharu ditemui oleh pasukan penyelamat.

    Sementara itu, proses kerja-kerja menterbalikkan MV Tung Sung sedang dilaksanakan oleh syarikat kontraktor yang dilantik oleh syarikat kapal.

    Bagi memastikan langkah-langkah keselamatan penyelamat terjaga, Permata Hidro dan KM Kota Kinabalu dilaporkan masih berada di lokasi berdekatan.

    TAKLIMAT…Para penyelamat yang terlibat dalam operasi SAR di Jeti Awam Sebuyau berkumpul untuk mendengar taklimat daripada pihak APMM dan bomba.

    BERITA LAIN

    BERITA TERBARU

    Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

    KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan