ARTIKEL

Kerja mengapung MV Tung Sung dilaksanakan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerja-kerja mengapungkan Kapal kargo MV Tun Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung akan dilaksanakan hari ini.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Zin Azman Md Yunus berkata, satu syarikat kapal telah dilantik untuk melaksanakan pengapungan kapal kargo tersebut.

“Syarikat yang dilantik akan melakukan tinjauan awal untuk kerja-kerja tersebut pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi pencarian empat lagi kru MV Tung Sung yang masih hilang pada hari kelima hari ini merangkumi 150.03 batu nautika persegi.

Jelasnya, pencarian hari ini membabitkan seramai 83 orang pegawai dan anggota serta mengerakkan enam aset dari Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak Coast Guard dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Katanya, pencarian oleh pasukan penyelamat setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

: TAKLIMAT…Pasukan penyelamat menjalankan taklimat bagi operasi mencari empat lagi kru MV Tung Sung yang masih belum ditemui.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU