ARTIKEL

Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn bercakap kepada pemberita.

Kerja naik taraf Jalan Padawan disambung semula oleh kontraktor penyelamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kerja naik taraf Jalan Padawan yang tergendala sebelum ini kini disambung semula pembinaan oleh kontraktor penyelamat.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata projek tersebut telah bersambung semula pada pertengahan tahun ini dan pembinaan berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu, katanya, projek tersebut akan mengambil tempoh dua tahun untuk siap sepenuhnya.

“Sebenarnya ia telah bermula dua tahun yang lalu tetapi kontraktor pertama gagal untuk melaksanakan kerja mereka, jadi kita mulakan semula pertengahan tahun ini,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Program Teater Mini Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sarawak di Pusat Persidangan Serian di sini, hari ini.

Sagah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, menjelaskan bahawa projek tersebut mengambil tempoh yang lama untuk disiapkan kerana kontraktor pertama culas dalam melaksanakan projek tersebut.

Tambahnya, penyerahan kontrak baharu kepada kontraktor penyelamat juga tidak dapat dibuat sewenang-wenangnya kerana terdapat prosedur dan undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Kementerian dan jabatan harus mematuhi perkara itu.

“Jadi ia juga mengambil masa untuk kontraktor penyelamat menjalankan kerja,” ujarnya.

Projek Jalan Padawan, dengan nilai kos RM80 juta, tergendala berikutan masalah kontraktor di tapak binaan serta permintaan pampasan daripada penduduk setempat.

Impak COVID-19 menyukarkan pekerja kontrak dari Indonesia untuk masuk ke negeri ini sehingga menyebabkan kontraktor yang dilantik sebelum ini menarik diri daripada projek tersebut.

Justeru, kontraktor penyelamat diperlukan untuk menyambung semula projek itu.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU