ARTIKEL

Ibrahim (tengah) menyalakan pelita sambil disaksikan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman (tiga kanan) dan tetamu kehormat lain. - Foto: Ramidi Subari

Kerja naik taraf Jambatan Sungai Bintangor dijangka siap sebelum Ramadan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki memberi jaminan bahawa kerja penaiktarafan Jambatan Sungai Bintangor di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini akan disiapkan sebelum bulan Ramadan tahun 2025.

Menurutnya, mesyuarat bersama-sama dengan kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkepentingan bersetuju untuk membenarkan kerja-kerja pembinaan diteruskan hingga jam 10 malam.

“Sekiranya tiada larangan daripada orang kampung, mereka (kontraktor) akan bekerja lebih masa untuk menyiapkan pembinaan dengan segera.

“Jika bernasib baik dan tiada gangguan lain, mungkin jambatan ini boleh dibuka kepada orang ramai pada 31 Disember ini. Kita mahu ia dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N8 Satok di Dewan Datu Merpati Jepang di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau meluahkan rasa kesal atas kelewatan yang berlaku untuk menyiapkan projek jambatan ikonik berkenaan.

“Tidak dinafikan, memang berlaku kelewatan dari segi progres pembinaan. Namun, kita tidak dapat meletakkan kesalahan atas bahu kontraktor sahaja.

“Masalah kelewatan ini berlaku di luar kawalan kita, terutama sekali ketika wabak COVID-19 melanda sehingga menyebabkan kilang-kilang besi tutup.

“Apabila COVID-19 mula reda dan kilang mula dibuka, semua pihak bergegas mendapatkan besi untuk menjalankan projek masing-masing. Itu menjadi antara masalah yang tidak dapat dikawal.

“Selain melihat kepada faktor perparitan, sensitiviti masyarakat setempat dan sebagainya turut mendorong kepada berlakunya kelewatan projek,” jelasnya.

Beliau turut memahami kesan daripada penutupan sementara jambatan berkenaan terhadap penduduk di kawasan sekitar.

“Penduduk di kampung-kampung berdekatan terpaksa menggunakan Jalan Muhibbah, Jalan Patingan dan Jalan Muda Hashim sebagai jalan alternatif.

“Inilah yang dikatakan sebagai pembangunan. Dengan sokongan dan dorongan pelbagai pihak, kita akan selesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Datuk Ibrahim Baki berucap menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N8 Satok di Dewan Datu Merpati Jepang. – Foto: Ramidi Subari

BERITA LAIN

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

BERITA TERBARU

Kaul komuniti Dayak meruan teguh

LUNDU: Penyerakup komuniti Dayak diatu chukup teguh taja ari bemacham raban etnik, ku Sapit Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Iya ti temegah beratika pekara