ARTIKEL

Anuar (dua kanan) menerima geran aktiviti daripada Hanifah (dua kiri) semasa lawatannya ke Padang Mesra MDDM, hari ini.

Kerja naik taraf Padang Mesra MDDM menjelang SUKMA ikut jadual, MUFA terima geran RM50,000 dari MP Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Persiapan menaik taraf Padang Mesra Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) untuk Pertandingan Bola Sepak Lelaki bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 setakat ini mengikut jadual.

Pengurus Pertandingan Bola Sepak Lelaki SUKMA ke-21, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA), Asisten Superintendan (ASP) Khairul Anuar Adeni, berkata sebelum ini, pihaknya mengalami sedikit masalah dari segi peruntukan.

Hanifah (kanan) bersama pegawai lain melawat Padang Mesra MDDM yang sedang dinaik taraf.

“Namun, dengan adanya peruntukan dan bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen (MP) Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, tentunya ia dapat membantu meningkatkan kemajuan kerja naik taraf padang ini.

“Saya bersyukur kerana beliau prihatin dan mencari jalan penyelesaian bagi membantu pihak kami, terutamanya dari segi persediaan pertandingan ini kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima geran aktiviti MuFA daripada MP Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, di Padang Mesra MDDM di sini, hari ini.

Jelasnya, peruntukan tersebut digunakan untuk menaik taraf astaka, lampu, pendawaian, dinding dan fasiliti lain bagi kesenangan penonton, sekretariat serta tetamu jemputan yang datang menyaksikan perlawanan kelak.

“Kita berusaha sebaik mungkin kerana ini akan memberi imej yang baik kepada orang luar, terutamanya pengunjung dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Sekiranya imej kita terjaga, tentu ia menunjukkan bahawa Mukah bersedia dan mengalu-alukan pengunjung dari luar semasa SUKMA kelak,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kemudahan yang ada di Padang Mesra MDDM ini kelak dapat menarik lebih ramai penonton dan pengunjung semasa acara berlangsung.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Hanifah atas kesudian melawat dan melihat sendiri kekurangan di padang tersebut.

Terdahulu, Hanifah menyerahkan geran aktiviti MuFA berjumlah RM50,000 untuk pelaksanaan aktiviti dan naik taraf Padang Mesra MDDM.

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul