ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kerja pembaikan saluran paip, bekalan air dijangka terganggu di Miri pada Khamis, 21 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Penduduk di beberapa kawasan di sini bakal mengalami masalah tiada bekalan air esok berikutan kerja-kerja pembaikan saluran paip bekalan utama 750 mm di persimpangan Penjara Miri.

Laku Management Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja pembaikan dijadual akan bermula dari 10 pagi hingga 11 malam.

“Kawasan yang tiada bekalan air adalah Sungai Dalam, Soon Hup Garden, Simpang 88, Taman Tunku, Taman Jelita, Tung San Garden, Taman Da Sing, MDS Departmental Store, Valley Golf Coast, Assar Commercial Centre, Bomba Lopeng, kawasan perindustrian Eastwood, Milea Residence, Hilltop Garden, SMK Baru, SMK Riam, SK Temenggong Datuk Muip, poliklinik Taman Tunku.

“Justeru itu, LAKU Management Sdn Bhd akan menempatkan lori tangki air di kawasan terjejas bagi menangani masalah bekalan air tersebut,” katanya.

Di samping itu, katanya, beberapa kawasan lain di sekitar Miri juga akan mengalami tekanan air rendah dalam tempoh yang sama.

“Kawasan yang akan mengalami tekanan air rendah adalah Lapangan Terbang Bomba, Lapangan Terbang Miri, Kampung Riam Jaya, Sze Chuan 1-3, Jinhold Apartment, Pusat Komersial Lapangan Terbang, Kem Tentera, Pusat Komersial Emart Riam, Happy Garden, Spring Riam, Da Sing Garden, Riam Middle School, dan Pin Fook Garden.

Baca lain  Botol susu 54 tahun

“Selain itu, Taman Sui Hiong, Kancil Garden, Classic Garden, Nasturium, Lembah Hijau, Kampung Lopeng, Grand Park, Tham Lin Garden, dan Serene Villa juga akan turut mengalami masalah tekanan air rendah,” katanya.

Susulan itu, LAKU menasihatkan penduduk di kawasan terjejas untuk menyimpan bekalan air sebagai persediaan menghadapi gangguan tersebut.

Untuk aduan dan pertanyaan, sila hubungi pusat jagaan LAKU di talian 085-426626 dan 436626.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,