ARTIKEL

Chiu Kiong (kiri) telah mengambil inisiatif bersama Jurutera MDMJ untuk turun padang dan meninjau kerja penyelenggaraan Jalan Siew Bakong, Meradong. - Foto: UKAS

Kerja Penyelenggaraan Jalan Siew Bakong siap sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERADONG: Kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Siew Bakong di sini telah siap sepenuhnya dalam masa seminggu bagi memudahkan orang awam menggunakan jalan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii, telah bertindak segera untuk membaiki kerosakan di Jalan Siew Bakong setelah dimaklumkan oleh penduduk sekitar mengenai kerosakan tersebut. 

Dalam pada itu, Pasukan Pusat Khidmat P.208 Sarikei diketuai wakilnya, Gung Chiu Kiong, telah mengambil inisiatif bersama Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) untuk turun padang dan membuat tinjauan.

Hasil tinjauan mendapati jalan tersebut telah tenggelam akibat kerosakan ‘culvert’.

”Saya berpuas hati kerana kerja penyelenggaraan jalan telah siap dalam masa seminggu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak MDMJ atas kerjasama dan komitmen yang diberikan,” kata Tiong Sii. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti