Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kerja sambilan jual produk emping jagung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Bergelar seorang pelajar bukanlah penghalang untuk Nurazizah Anis, 24, menceburi bidang perniagaan.

Beliau yang merupakan seorang ejen produk emping jagung (cornflake) tempatan itu berkata, dia menjana pendapatan sampingan melalui jualan yang dijalankan.

“Saya mengenali produk ini menerusi satu iklan di Facebook sekitar Disember 2021 yang disiarkan oleh seorang ejen rasmi cornflake dibawah naungan Aducktive.

“Aducktive adalah produk tempatan yang berasal dari Semenanjung Malaysia, yang kini berkembang sehingga ke Borneo,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, produk cornflakes ini telah dibuat daripada bahan yang berkualiti dan perasa yang asli.

“Saya sangat yakin dengan perniagaan ini kerana ia sentiasa mendapat permintaan ramai tidak kira pada hari biasa mahupun musim perayaan.

Tambahan pula harganya yang berpatutan.

“Dengan itu, saya mengambil keputusan menjadi sebahagian daripada keluarga Aducktive yang bukan sahaja untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Kini saya menjadikannya sebagai panduan untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan,” katanya.

Menurut Nurazizah, dia masih lagi menuntut di Unimas dan kini dalam tahun akhir dalam bidang perubatan.

“Jika dahulu, saya memang kurang berminat dan hanya memandang enteng akan hasil catatan jualan yang diperoleh.

“Namun kini saya mula beminat untuk meneruskan kerja sambilan ini. Pengalaman ini mengajarkan saya untuk bersabar dalam usaha yang konsisten dan sentiasa berfikiran kreatif dalam mengatur strategi perniagaan,” dedahnya.

Katanya lagi, perniagaan ini hanya dijalankan di rumah dengan mendapatkan stok dari pihak Aducktive.

“Waktu berniaga ini amat fleksibel dan bersesuaian dengan situasi saya yang masih bergelar pelajar.

“Disebabkan tidak beroperasi di kedai, saya memang menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” kata Nurazizah.

Kebiasaannya, beliau mampu menjual dalam jumlah empat hingga enam balang cornflake dalam sehari.

Beliau akan menerima keuntungan sebanyak RM2 untuk sebalang tidak termasuk caj untuk khidmat penghantaran.

“Aducktive menggunakan Cornflakes Nestle dan perasa telur masin yang berkualiti dengan menawarkan dua jenis perisa iaitu asli dan pedas yang sesuai sebagai kudapan tidak kira waktu.

“Kami juga mengeluarkan Spicy Salted Egg Baby Roll yang diperbuat daripada kulit popia yang digulung halus dan disaluti serbuk telur masin yang penuh dan rasa pedas mengikut citarasa tempatan,” jelasnya.

Nurazizah juga berkata, sambutan yang diterima juga menggalakkan terutamanya dari pelanggan sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

“Permintaan yang tinggi adalah ketika menjelang hari perayaan dan tidak kurang juga ketika waktu bekerja pada hari biasa serta pada hujung minggu.

“Perniagaan ini dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang ejen yang berdaftar secara rasmi di bawah syarikat Aducktive,” ujarnya.

Harga sebotol cornflakes (220g) ialah RM18 manakala untuk sebungkus baby roll pula ialah RM18.

“Perancangan saya adalah untuk mengembangkan perniagaan ini sehingga di luar kawasan Kuching atau Kota Samarahan melalui khidmat pengeposan,” katanya.

Pelanggan yang ingin membeli cornflake dari Nurazizah boleh kunjungi Instagram dan Facebook zizahanis dan Zizah Anis.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru