Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kerja ubah suai bangunan DUN Sarawak lama dijangka siap 2026

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Snowdan ketika ditemui pemberita pada sidang media Exists Resolusi di Citadines Upland pada Selasa.

KUCHING: Projek ubah suai bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lama kepada Pusat Seni Persembahan dijangka siap selewat-lewatnya tahun 2026.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, kelewatan projek yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 itu telah menerima peruntukan tambahan untuk proses naik taraf itu.

“Pada awalnya sejumlah RM200 juta diperuntukkan untuk projek tersebut, namun jumlah itu akan ditambah untuk proses ubah suai bangunan.

Snowdan ketika ditemui pemberita pada sidang media Exists Resolusi di Citadines Upland pada Selasa.

“Kita berharap agar pusat seni persembahan baharu ini akan menggunakan teknologi berkualiti tinggi.

“Secara tidak langsung ia akan menarik perhatian penggiat seni persembahan dari seluruh dunia untuk datang ke Sarawak, mempamerkan seni mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Konsert Exists Resolusi di sebuah hotel terkenal di Jalan Simpang Tiga di sini hari ini.

Untuk rekod Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan bagi mengubah suai bangunan DUN lama Sarawak menjadi pusat seni persembahan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini berkata ia bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan lebih ramai golongan muda melihat potensi keusahawanan kreatif dan seni persembahan.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru