ARTIKEL

Tiang Ming Tee (tengah) menerima watikah pelantikannya sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) daripada Wan Mohd Jabir (dua kanan).

Kerjasama APM-PBT ditagih, uruskan risiko musibah akibat bencana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) Sarawak dalam perkara berkaitan penilaian dan pengurusan risiko.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata dengan cara ini, kawasan berisiko dan isu berpotensi dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, manakala mekanisme tindak balas bencana dirangka.

Memetik bencana ribut petir yang berlaku pada tahun lepas sehingga menyebabkan kerosakan besar di sini, Ming Tee berkata, langkah pencegahan adalah lebih penting berikutan perubahan iklim.

“Pada masa kini, perubahan iklim memberi kesan kepada seluruh dunia.

“Saya masih ingat ketika saya bertemu dengan seorang warga emas berusia 70 tahun di sini, yang mengatakan bahawa dia tidak pernah mengalami angin sekuat itu sepanjang hayatnya seperti yang berlaku pada 5 April tahun lalu (2023).

“Kita tidak bersedia untuk bencana berkaitan perubahan iklim seperti itu.

“Kita telah melihat bukan sahaja di Sibu, tetapi di tempat lain, mengalami banjir, tanah runtuh, dan lain-lain, yang disebabkan oleh perubahan iklim.

“Sebab itu, saya katakan APM mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan berat sekarang.

“Jadi, kita benar-benar perlu melakukan lebih banyak persediaan sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pra-Gawai Dayak Persatuan Rekreasi Pertahanan Awam Sibu (PURPAS) semalam.

Menurutnya, kakitangan APM sangat terlatih dan berpengetahuan tentang penilaian dan pengurusan risiko, termasuk tindak balas bencana.

“Saya percaya dengan kerjasama APM dan pasukan respons kecemasan majlis tempatan, ia akan membolehkan perkongsian maklumat dan pengetahuan yang lebih berkesan, terutamanya dalam mengakses beberapa kawasan yang terdedah kepada bencana.

“Sebagai contoh, pokok di sepanjang jalan utama dan beberapa kawasan yang berkemungkinan akan berlaku tanah runtuh jika kita tidak melakukan sebarang langkah pencegahan, dan kawasan yang terdedah kepada banjir di mana banjir mungkin menjadi lebih serius akibat perubahan iklim,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu.

Pada majlis tersebut, APM Daerah Sibu telah melantik Ming Tee sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehomat (Pertahanan Awam).

Watikah pelantikannya telah disampaikan oleh Pegawai APM Daerah Sibu, Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin.

Hadir sama ialah Pengerusi PURPAS, Lt (PA) Jordan Lau.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke