ARTIKEL

Uggah (tengah) melancarkan Pesta Lubok Antu yang julung kali diadakan di Dataran Rusa di Engkilili semalam.- Foto: UKAS

Kerjasama BDDA dengan SADA dapat tingkatkan sektor pelancongan di Betong dan Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Timbalan Premier, Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) saling bekerjasama dalam mempromosikan sektor pelancongan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, kedua-dua daerah Betong dan Engkilili mempunyai banyak tarikan pelancongan untuk ditawarkan.

“Tarikan kita adalah serupa. Kita mempunyai kepelbagaian budaya dan tradisi Iban yang kaya dan berwarna-warni, keunikan hasil kraf tangan, alam semula jadi dan rumah panjang tradisional.

“Bagi Engklilli, kawasan tasik Empangan Hidro Batang Ai yang berdekatan dan keunikan ‘Batu Nabau’ (struktur batu menyerupai kepala ular gergasi) serta legendanya adalah antara tarikan utama.

“Untuk Betong, kami mempunyai cadangan iaitu Kubu Rentap di Bukit Sadok dijadikan sebagai salah satu lokasi pelancongan yang harus dilawati,” kata Uggah.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pesta Lubok Antu yang julung kali diadakan di Dataran Rusa di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata dengan ramai pengamal budaya kini menjadi warga emas, generasi muda harus mengambil alih untuk meneruskan dan memelihara pelbagai aktiviti kebudayaan dan tradisi.

“Jadi kedua-dua BDDA dan SADA boleh duduk berbincang bagaimana untuk sama-sama membangunkan produk pelancongan.

“Sektor pelancongan kini penuh dengan potensi sebagai sumber pendapatan baharu bagi penduduk luar bandar,” ujarnya.

Sehubungan itu, semasa mengulas mengenai Pelabuhan STOL Bebuling di Spaoh, Betong, yang dijadualkan siap tahun depan, Uggah berkata ia juga akan menjadi rangsangan kepada tarikan pelancong.

Uggah, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, mengambil contoh tender pembinaan Jalan Ulu Skrang dan Lubok Antu Fasa Dua bernilai RM28.5 juta yang akan dilaksana pada Ogos tahun ini.

“Pembinaan Jalan Sebeliau-Birarap kini dalam proses penilaian tender.

“Pembinaan jambatan konkrit merentasi Batang Ai dari pekan Engkilili dengan kos RM16.520 juta sedang dalam proses reka bentuk dan menunggu kelulusan SPA.

“Dan ini adalah antara projek utama yang dibiayai oleh Persekutuan,” jelasnya.

Beliau menambah, di bawah SADA juga, reka bentuk pembinaan Jalan Sebeliau Nanga Entalau yang menelan belanja RM68 juta kini telah siap dan tender pembinaannya sedang dibuka buat masa kini.

Beliau juga berkata tender pembinaan Jalan Sri Aman- Lifong yang menelan belanja RM63 juta disasarkan akan dibuka pada suku ketiga tahun ini.

Mengenai permintaan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, supaya Engkilili mempunyai ‘waterfront’, Uggah berkata perkara tersebut akan dibawa kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mendapatkan persetujuannya.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi jawatankuasa penganjur festival pada tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Roy berkata festival itu adalah bagi mempromosikan Pekan Engkilili untuk mendapat tempat dalam kalendar pelancongan negeri.

Beliau turut menggesa agar Daerah Kecil Engkilili dinaikkan menjadi daerah penuh tidak lama lagi.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU