INSTITUT Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) melalui Cawangan Kemahiran, Bahagian Akademik mengadakan kunjung hormat ke Pusat Kecemerlangan Teknikal (Centexs) di Santubong, Kuching.
Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk membina hubungan kerjasama dua hala dan pendedahan untuk kursus yang boleh ditawarkan Centexs kepada Ikmas.
Delegasi ini diketuai oleh Ketua Cawangan Pengurusan Akademik, Ahmad Azri Murad.