ARTIKEL

Kerjasama erat pacu pembangunan Daerah Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELESAI MESYUARAT…Awla Dris (duduk, tiga kiri) dan Rodiyah Sapiee (duduk, tiga kanan) bergambar bersama-sama yang lain selesai mesyuarat.

SIMUNJAN: Kerjasama erat semua agensi kerajaan sebagai sebuah pasukan amat penting dalam memacu pembangunan Daerah Simunjan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee memberitahu, perkara itu penting kerana ia merupakan penanda aras bagi membentuk sebuah pasukan sekali gus berperanan memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan terbabit.

“Jawatankuasa Tindakan Daerah (DAC) adalah merupakan mesyuarat berprofil tinggi di peringkat daerah.

“Maka adalah penting kerjasama daripada semua pihak kerana ia adalah saluran bagi memberitahu kepada masyarakat di peringkat akar umbi mengenai perkembangan semasa mencakupi pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, infrastruktur mahupun pembangunan sosioekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tindakan Daerah Simunjan 2023 di Simunjan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Simunjan, Seroji Ludin.

Sementara itu, Adun Simunjan Awla Dris menjelaskan, mesyuarat tersebut bertujuan melihat perkembangan terkini pembangunan di Daerah Simunjan serta tindakan yang dilakukan agensi terlibat terhadap pelaksanaan projek.

Hadir sama, Pemangku Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang; Timbalan Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an serta ketua-ketua jabatan kerajaan di Daerah Simunjan dan Bahagian Samarahan.

BERITA LAIN

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU