Trending

Kerjasama holistik pengurusan sisa pepejal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bandar raya Kuching digesa untuk memberikan kerjasama yang lebih holistik kepada Trinekens Sarawak Sdn Bhd bagi meningkatkan pengurusan sisa pepejal lebih efektif.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Sri Dr Sim Kui Hian berkata, peranan PBT dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal penting biarpun ia merupakan tanggungjawab syarikat Trinekens.

“Pihak PBT harus memainkan peranan dalam merancang, menganjurkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, kempen kesedaran, 3R kempen beli semula dan lain-lain di peringkat komuniti.

“Diharapkan agar semua inisiatif, usaha dan tindakan yang dilakukan dapat memberikan impak yang besar kepada kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang diwakili Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Bengkel Penambahbaikan Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran di Hotel Raia, semalam.

Jelasnya, semua pihak harus memberikan komitmen tinggi serta kesungguhan dalam memastikan usaha penambaikan itu dapat membuahkan hasil dengan baik.

Abdul Rahman turut mendedahkan bengkel terbabit akan menjadi pendekatan terbaik kepada Ekonomi Sirkular yang menjadi asas kepada penambahbaikan perkara terbabit.

“Ekonomi ini banyak memberikan kesan positif dalam pembangunan ekonomi seperti menghasilkan makanan haiwan ternakan daripada sisa kelapa sawit.

“Menerusi usaha ini kita dapat memberikan tumpuan dan mengurangkan pembaziran serta meningkatkan lagi usaha sistem kitar semula,” tambahnya.

Terdahulu kira-kira 100 kakitangan PBT bersama pihak Trinekens Sdn Bhd terlibat dalam bengkel selama dua hari bertujuan memperkenalkan strategi serta panduan khusus mengenai pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan, efektif, lestari, cekap dan sistematik.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Junaidi Reduan, Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng, Pengerusi Majlis Perbandaran Cr. Tan Kai, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trinekens Sarawak Stephen Chin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru