ARTIKEL

Premier (tengah) merakam kenangan bersama pihak FMM Cawangan Sarawak dalam kunjungan hormat, di sini, semalam. (FOTO: UKAS)

Kerjasama keperluan industri di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Cawangan Sarawak berhasrat untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi meneruskan usaha yang diperlukan dalam industri.

Menurut Pengerusi FMM Cawangan Sarawak Datuk Seri Victor Hii Lu Thian, ini termasuklah menyediakan latihan kemahiran untuk pembangunan masa depan negeri ini.

“Kami mahu bekerjasama rapat dengan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pihak berkuasa tempatan bagi meneruskan keperluan industri serta latihan kemahiran yang diperlukan untuk pembangunan masa depan.

“Selain itu, kami juga membuat perbandingan mengenai beberapa isu perindustrian yang sedang dihadapi.
“Beberapa isu yang telah dikaji semula dapat memberi sokongan kepada perkembangan industri di sini dengan memperhatikan skala perindustrian kami serta memacu kemajuan industri Sarawak ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Victor memberitahu, kunjungan hormat tersebut merupakan kunjungan setiap tahun bagi mengemas kini usaha yang telah dilakukan termasuk usaha yang akan dilaksanakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU