ARTIKEL

CENDERAHATI… Abang Halim (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Fatimah (tiga kanan). Turut bersama-sama adalah tetamu yang lain.

Kerjasama KPWK, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak tangani isu PATI 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bersedia untuk bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya wanita serta kanak-kanak.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama dengan pelbagai agensi penting apabila melibatkan kumpulan sasar tersebut supaya segala masalah yang berkaitan dapat diatasi dengan sewajarnya.

BERCAKAP… Fatimah bercakap kepada pemberita ketika ditemui semasa menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Katanya, semasa menerima kunjungan hormat dari JIM Sarawak hari ini, isu berkenaan juga turut menjadi antara topik yang dibincangkan bersama.

“Kita memahami bahawa PATI ini bukan hanya melibatkan lelaki tetapi juga wanita dan kanak-kanak. Dalam hal kanak-kanak, kita perlu mengetahui umur mereka dan tempoh berada di depot tahanan.

“Ini akan menentukan hak-hak atau hak asasi yang perlu diberikan kepada kanak-kanak tersebut terutama sekali untuk mendapatkan pendidikan,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan hormat di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan oleh KPWK dengan JIM Sarawak adalah berkaitan dengan isu dadah dan substan serta gelandangan yang melibatkan PATI.

Baca lain  Jangan pandu kereta jika anda mabuk!

Hadir sama Pengarah Imigresen Malaysia Sarawak, Abdul Halim Abang Naili; Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pengarah JIM Sarawak, Sapiee Mohd Nawei; Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM Sarawak, Yusdi Morshidi; Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah; serta Timbalan Setiausaha Tetap KPWK Nur Alina Abdullah @ Colliner Gohe.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh