ARTIKEL

Kerjasama lahirkan tenaga kerja penuhi pasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Agenda pembangunan bakat memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada saluran pembangunan modal insan untuk memacu aspirasi pembangunan negara.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kementeriannya telah, sedang dan merancang pelbagai program dan aktiviti termasuk sesi libat urus sinergistik.

Menurutnya, ia melibatkan industri, institusi pengajian tempatan dan pihak berkepentingan untuk memenuhi keperluan tenaga mahir semasa.
.

Matlamat utama untuk merapatkan jurang permintaan dan bekalan tenaga mahir industri.

“Pencapaian dengan mengurangkan jurang membekal dan permintaan, ia pastinya membawa lebih peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaTFair) 2023, semalam.

Beliau menjelaskan, adalah sangat penting untuk memastikan belia atau pencari kerja tempatan dapat dipasarkan dari segi kemahiran, pengetahuan dan kebolehan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU