ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kerjasama Maxis, Amazon Web Services pacu inovasi AI, kegunaan 5G

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Maxis akan bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) untuk mempercepatkan inovasi dalam kecerdasan buatan generatif (GenAI) dan “use case” 5G bagi pelanggan perusahaan di Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng, dalam satu kenyataan berkata kerjasama Maxis dengan AWS menyasarkan untuk membawa keupayaan digital generasi akan datang kepada perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata kolaborasi itu yang diumumkan pada Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona juga menyasarkan untuk mentakrif semula inovasi digital, memperkasakan perniagaan dengan penyelesaian keluaran termaju kecerdasan buatan (AI) dan kesalinghubungan generasi akan datang digerakkan oleh AWS.

Kerjasama ini akan memanfaatkan teknologi termaju 5G dan GenAI dalam dunia sebenar ‘use case’ perniagaan, menyasarkan peruncitan, pembuatan, logistik dan domain perkhidmatan kewangan dengan sasaran bagi membolehkan lebih banyak inovasi bagi perusahaan Malaysia.

Dengan menggunakan AWS, Maxis boleh menawarkan penyelesaian bersepadu yang direka untuk disesuaikan kepada keperluan perniagaan yang berkembang, seterusnya menyediakan mereka dengan kelebihan menerusi kemajuan teknologi.

Goh memaklumkan Maxis adalah sebahagian daripada peserta di Pavilion Malaysia di MWC.  

Katanya, kerjasama itu akan menumpukan kepada penambahbaikan perkhidmatan pelanggan dan tawaran sokongan buat pelanggan perusahaan bagi membuat keputusan perniagaan yang lebih pantas, menambat perhatian dan lebih berkesan.

Maxis kini boleh memanfaatkan keupayaan pembelajaran mesin termaju AWS untuk membina, melatih dan mengatur kedudukan model AI pada skala, dan memanfaatkan potensi sepenuhnya kecerdasan buatan. 

Gabungan usaha GenAI dan latihan ‘Large Language Model’ untuk menyokong Bahasa Melayu juga akan membantu mempercepatkan perjalanan transformasi digital untuk lebih banyak perniagaan di Malaysia. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar