ARTIKEL

RAYA LAGI... Mohamad Duri bergambar kenangan bersama-sama barisan JKKK yang menjayakan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Melango di sini, kelmarin.

Kerjasama padu JKKK Kampung Melango dipuji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: ADUN Kalaka Mohamad Duri memuji kerjasama padu tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Melango yang menjayakan Ramah-tamah Aidilfitri

Menurutnya, Kampung Melango boleh disifatkan agak besar yang diurus tujuh ketua kaum, namun, mereka bersatu dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

“Sehubungan itu, saya memuji semangat kerjasama padu yang ditunjukkan tujuh JKKK Kampung Melango dalam memastikan majlis berlangsung gilang-gemilang.

“Saya percaya golongan muda harus menjadikan mereka contoh untuk sentiasa mengutamakan sikap bersatu padu dalam semua perkara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Ramahtamah Aidilfitri Kampung Melango di sini, kelmarin. Beliau turut mengumumkan sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM10,000 bagi menjayakan program tersebut.

Antara yang menarik pada majlis tersebut adalah cabutan bertuah, penyampaian hadiah pertandingan bertuntung Lot Wawasan Kampung Melango dan persembahan oleh Kumpulan Bayu Kenyalang. Mohamad berharap lebih banyak program disusun atur pada sambutan tahun depan.

“Kita ingin menghidupkan kemeriahan suasana raya di kampung dengan harapan mereka yang kurang bernasib baik dapat meraikan Aidilfitri bersama,” ujarnya.

Pegawai Daerah Saratok Muhammad Dino Amid dan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi serta semua barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) turut hadir.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri