Trending

Kerjasama PDP-PSB pendekatan baik, PSB bukan komponen GPS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerjasama antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) disifatkan sebagai satu pendekatan yang baik.

Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun berkata, kerjasama tersebut tidak menjadikan PSB sebagai parti komponen GPS.

“Sarawak mempunyai perpaduan yang kukuh. Oleh itu, sesiapa yang mahu bekerjasama dan melanggan polisi kita, maka kuncinya adalah dasar kita.

“Jadi, sekiranya PSB mahu membantu kita, kenapa tidak? Yang penting, mereka mengikut dasar kita. Itu pendirian GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, sebentar tadi.

Baru-baru ini, PDP dan PSB telah mengumumkan untuk memeterai jalinan kerjasama politik demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat khususnya di Sarawak.

Kedua-dua pihak pada 13 Julai (Khamis) telah berjumpa bagi mencapai kesepakatan dalam politik di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak.

Premier bersama-sama ahli majlis tertinggi GPS selepas selesai Mesyuarat Majlis Presiden GPS di BCCK.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru