Trending

Kerjasama Sarawak dengan Austria tingkatkan kecekapan sektor pertanian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Perkongsian idea dan kemajuan teknologi bersama-sama Austria dijangka mampu meningkatkan produktiviti Sarawak dalam sektor pertanian.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Austria maju dalam teknologi yang diperlukan untuk meningkatkan lagi kecekapan pertanian di negeri ini.

“Dalam usaha kita untuk memastikan Sarawak menjadi sebuah negeri pengeluar makanan bersih menjelang 2030, kita perlu begerak pantas selari dengan perkembangan teknologi.

“Justeru, kita perlu bersedia untuk menggunakan teknologi baharu.

Bukan hanya untuk meningkatkan hasil dan kualiti, tetapi juga untuk mengubah cara penanaman petani kecil khususnya di kawasan luar bandar.

“Ini bagi memastikan para petani di kawasan tersebut dapat setanding dari segi kemampuan dan kebolehsediaan untuk menghasilkan produk yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Austria di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol