Kerjasama semua dituntut jayakan tempoh lanjutan PKPB pemutus litar

KUCHING: Langkah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Circuit Breaker pada 18 Mei hingga 7 Jun ini tepat bagi melandaikan keluk penularan wabak Covid-19 di Sarawak.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu Dr Hazland Abang Hipni berkata, tempoh tiga minggu itu penting untuk memastikan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan.

“Orang ramai terutama masyarakat, peniaga dan agensi kerajaan harus meningkatkan kerjasama dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“JKKK di peringkat kampung dan rumah panjang pula perlu tegas dengan meningkatkan pengawasan komuniti dan penguatkuasaan,” katanya kepada media ketika mengulas pelaksanaan PKPB Circuit Breaker pada 18 Mei hingga 7 Jun ini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mei 2021

Suara Sarawak