ARTIKEL

Kerusi Pakan milik PDP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Parti PBB Pakan semalam menyatakan sokongan penuh kepada PDP untuk menuntut kerusi Dun Pakan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan datang.

Ketua Cawangan PBB Pakan Kaunselor Jimbun berkata, mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pemimpin PDP kerana secara tradisinya kerusi Dun Pakan milik parti itu (PDP).

Jelasnya, rata-rata Ranting dan Cawangan PBB Pakan termasuk buah lagi parti komponen GPS iaitu SUPP bersetuju agar kerusi Dun Pakan diserah kembali kepada PDP.

Dalam pada itu Jimbun berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan padu untuk membolehkan calon GPS menang pada PRN-12 akan datang.

“Kali ini biarlah calon daripada PDP sendiri yang bertanding di sini. Umum sedia maklum bahawa secara tradisinya kerusi Dun Pakan adalah milik PDP,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersamasama Rakyat di Rumah Barak Gandom, Nyalak Ili, Pakan .

Cadangan itu kata Jimbun adalah langkah baik untuk memastikan kestabilan politik di Dun Pakan, sekali gus merancakkan lagi pembangunan di kawasan luar bandar.

Justeru beliau mengajak semua ahli parti komponen GPS menyokong program anjuran gabungan parti itu.

“Paling penting, kerjasama memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap GPS dalam usaha membawa pembangunan menyeluruh di negeri ini termasuk Pakan agar tidak terpinggir dari arus pembangunan,” jelasnya.

Presiden PDP yang juga Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Paul Igai dan Adun Meluan Rolland Duat Jubin antara yang hadir.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU