Kes bunuh anggota polis, rakan setugas mangsa didakwa dimahkamah

SIBU: Seorang polis yang didakwa membunuh rakannya di sebuah rumah di sini pada dua minggu lalu telah dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Tertuduh berusia 28 tahun dituduh membunuh rakannya yang juga polis, Norhalim Tumiran berusia 24 tahun berasal dari Pahang.

Bagaimanapun, dua lagi rakannya juga polis yang turut didakwa sebelum ini dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.

Kedua-duanya masing-masing berusia 21 dan 23 tahun akan dipanggil menjadi saksi bagi kes itu.

Pada pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hazwani Hanim Ramli tiada pengakuan diambil daripada tertuduh.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Mei 2021

Suara Sarawak