ARTIKEL

Kes bunuh remaja: Warga Filipina dihukum penjara 33 tahun, 12 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Seorang buruh warga Filipina dihukum penjara 33 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh rakannya yang berusia 16 tahun di Semporna tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Albaris Alunyo Iran, 24, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Lim berkata mangsa iaitu Hassan Dorol meninggal dunia akibat kecederaan yang sengaja dilakukan oleh tertuduh.

“Terdapat saksi yang melihat kejadian itu dan dia juga cedera di bahagian kepala selepas dipukul oleh tertuduh dengan sebatang tukul… kesalahan tertuduh boleh dirumuskan daripada perlakuannya selepas serangan itu apabila dia melarikan diri dengan tukul dan sebilah parang sebelum diberkas oleh beberapa penduduk kampung,” katanya.

Albaris didakwa membunuh Hassan di sebuah rumah di Kampung Kuala Benang, Semporna antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, pada 26 Feb 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Baca lain  Kit ujian COVID-19 buatan Malaysia dilancarkan

Bagaimanapun, dalam kes ini mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak menjatuhkan hukuman mati.


“Dia masih muda dan ada kemungkinan boleh dipulihkan, mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan ini adalah serius dan kepentingan awam menuntut agar hukuman penjara yang setimpal melebihi tempoh minimum dijatuhkan memandangkan usia si mati yang masih muda,” kata Lim yang memerintahkan tertuduh dipenjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Feb 2021.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain dan Mohd Suhaimi Suriana manakala Albaris diwakili peguam Kusni Ambotuwo.


Lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung dari bulan November hingga Disember tahun lepas.
— BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah