PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Kes cabul pesakit: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang pegawai perubatan yang ditahan kerana disyaki mencabul pesakit di sebuah pusat perubatan di sini sudah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa dihubungi berkata, suspek berumur 28 tahun itu dibebaskan pada jam 5 petang.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes tersebut.

“Jika sudah lengkap, akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwa Raya) bagi arahan lanjut atau pertuduhan,” katanya hari ini.

Terdahulu Merbin dalam kenyataan semalam berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kes tersebut pada 29 Disember.

Katanya, menurut mangsa, wanita berumur 34 tahun, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 11.30 pagi.

“Suspek telah mengambil kesempatan untuk mencabul kehormatan mangsa ketika menjalankan prosedur pemeriksaan secara bersendirian di dalam bilik rawatan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis IPD Kuching telah menangkap seorang suspek berumur 28 tahun yang merupakan pegawai perubatan di institusi tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan