Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kes Covid-19 di Sarawak catat peningkatan, 731 kes

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Bilangan kes jangkitan Covid-19 pada minggu ke-32 meningkat kepada 731 kes berbanding 602 kes direkodkan pada minggu ke-31.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini, peningkatan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak sebanyak 310,974 kes setakat ini.

“Sejumlah 16 kes direkodkan dalam kategori tiga, empat dan lima pada minggu ke-32 berbanding lapan kes dalam kategori yang sama pada minggu ke-31.

“Sementara itu, Kuching masih mencatatkan angka kes tertinggi pada minggu ke-32 iaitu sebanyak 242 kes diikuti Miri (141), Sibu (119), Bintulu (71), Sarikei (26), Samarahan (23) manakala Bau (15), Mukah (10), Dalat, Sri Aman, Betong dan Lawas (lapan).

“Saratok, Subis, Serian dan Kapit sebanyak lima kes, diikuti Marudi dan Selangau (empat), Asajaya, Betong, Kanowit, Simunjan dan Daro (tiga), Lubok Antu, Limbang, Telang Usan dan Julau (dua) manakala Beluru, Tatau, Bukit Mambong, Tebedu, Song, Pakan dan Pusa (satu),” kata kenyataan itu.

Bagi minggu ke-31 pula, Kuching mencatatkan angka kes sebanyak 220 diikuti Miri (102), Sibu (88), Bintulu (40), Samarahan (32), Sarikei (11), Serian dan Kapit (sembilan), Mukah, Dalat, Sri Aman dan Betong (lapan), Kanowit (tujuh) manakala Simunjan dan Lubok Antu (enam).

Dalam pada itu, Limbang, Subis dan Bau mencatatkan angka sebanyak lima kes, diikuti Daro dan Tanjung Manis (empat), Lawas dan Saratok (tiga), Marudi, Beluru dan Tatau (dua), manakala Matu, Asajaya, Meradong, Telang Usan dan Bukit Mambong masing-masing (satu).

Kenyataan itu menjelaskan, sebanyak dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada minggu ke-32 melibatkan kawasan Sibu dan Miri.

Manakala satu kes kematian dilaporkan pada minggu ke-31 melibatkan kawasan Sarikei, kata kenyataan itu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru