Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kes Covid-19 di Sarawak terus meningkat, 437 jangkitan baharu minggu ke-29

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

 KUCHING: Sarawak terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 437 kes bagi minggu epid ke-29 berbanding 367 kes minggu epid ke-28.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan media hari ini berkata, ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 309,136 kes.

Katanya, bagi minggu ke-29, sebanyak 432 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala lima kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5.

Gambar hiasan

“Kuching kekal mencatatkan angka kes tertinggi berbanding kawasan lain bagi minggu ini dengan 143 kes, diikuti 112 kes di Miri, Sibu (49), Bintulu (43), Samarahan (25) dan Sarikei (13).

“Manakala, sembilan kes dicatatkan di Limbang, Kapit catat enam kes; Bau, Mukah, Lawas, Sri Aman, Selangau dan Saratok masing-masing (3); Serian, Simunjan, Matu, Lubok Antu, Subis, Julau dan Tebedu (2) serta Kanowit, Betong, Pakan, Daro dan Song masing-masing mencatatkan satu kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, tiga kes kematian dilaporkan pada minggu ke-29 yang masing-masing melibatkan satu kes di Kuching, Sibu dan Miri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk