ARTIKEL

Tiga individu sedang dicari bagi membantu siasatan satu kes curi kabel di Menara Telekomunikasi Sacofa Nanga Klassen.

Kes curi kabel di Nanga Klassen, tiga suspek diburu polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman giat mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes curi kabel di Nanga Klassen.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie, berkata suspek pertama dikenali sebagai Jackson Joe Raweng, 28 tahun, beralamat di Julau.

“Dua lagi dikenali sebagai Doman Yek, 31 tahun, beralamat di Sibu, dan Goyak Empam, 32 tahun, dari Kanowit,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sri Aman mengkehendaki individu berkenaan bagi membantu siasatan satu kes curi kabel di Menara Telekomunikasi Sacofa Nanga Klassen.

“Kes berkenaan dilaporkan pada 18 Mei lalu dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua- duanya sekali,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini suspek diminta segera melaporkan kepada Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohamad Alias Mohdar, di talian 012-8935575 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan