ARTIKEL

Foto fail SS

Kes curi kabel meningkat, kebanyakan berlaku di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan 45 kes kecurian kabel setakat Mac tahun ini berbanding 27 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawai berkata, kes vandalisme ini mengalami peningkatan
sebanyak 18 kes (67 peratus).

“Bagi kes kecurian kabel tempoh Januari hingga Mac 2024, Sarawak merekodkan 45 kes, berbanding dengan Januari hingga Mac 2023 (27 kes). Maknanya ada peningkatan sebanyak 18 kes.

“Jadi ini bermaksud ia salah satu aset yang menjadi sasaran utama dan hal ini sangat serius,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Vandalisme Aset Utiliti dan Telekomunikasi di Sarawak, di Lembaga Pembangunan dan Perlindungan Tanah (LCDA), kelmarin.

Menjelas lanjut kata Julaihi, walaupun melibatkan seluruh Sarawak, kebanyakan kes ini berlaku di Kuching.

“Antara kerosakan disebabkan vandalisme ini ialah kabel pengumpan tenaga, penyambung rentas, bateri, penyaman udara dan banyak lagi aset yang rosak dan dicuri disebabkan vandalisme.
“Kerosakan awam ini menyebabkan kerugian yang banyak kepada agensi utiliti dan telekomunikasi.

“Selain itu, ia juga boleh membahayakan mereka yang terlibat dalam kes vandalisme ataupun kecurian.

“Hal ini kerana kecurian melibatkan wayar aktif boleh menyebabkan renjatan elektrik sehingga melibatkan kehilangan nyawa,” katanya.

Julaihi juga mengakui peningkatan kes mencuri barang di sektor telekomunikasi disebabkan penawaran dan permintaan.

Beliau menjelaskan, walaupun kenaikan harga keluli mungkin satu faktor, namun antara barangan yang menjadi sasaran utama pencuri adalah peralatan telekomunikasi seperti pemanjal, penyambung, kabel, bateri, penyaman udara dan kompresor.

“Saya faham terdapat permintaan yang tinggi untuk barangan ini, namun kami berharap ia dapat dihentikan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, undang-undang penawaran dan permintaan turut berlaku dalam situasi ini.

“Terdapat hubungan yang jelas antara permintaan dan bekalan. Kami berharap pihak polis dapat memberikan kerjasama mengatasi masalah ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)